Monday, October 17, 2011

Lawatan Sambil Belajar






Beberapa pic untuk tatapan semua, program LASBELA ke Pekan Pahang dan Kuala Terengganu pada 6 hingga 7 Oktober 2011.

Thursday, October 13, 2011

temasya sukan 2011






12 dan 13 oktober 2011 SKLP telah mengadakan temasya sukan sekolah. Julung kalinya, pada tahun ini sukan sekolah diadakan selama 2 hari berturut. Sebanyak 20 acara telah dipertandingkan termasukla acara untuk ibu bapa dan guru (PIBG). Walaupun pada hari pertama temasya hujan lebat, namun sukan sekolah tetap diteruskan walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan. Semangat kesukanan ini memang patut dipuji kepada semua murid-murid dan guru-guru SKLP. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SKLP yang terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini dengan lancar dan jayanya. di sini saya upload beberapa keping gambar sepanjang temasya sukan SKLP 2011.

Saturday, August 6, 2011






Salam 1 Malayisa.

Setiap tahun negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos. Baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Najib telah merasmikan Bulan Kemerdekaan yang Ke- 54 di KL Sentral, Kuala Lumpur. Namun pada tahun ini Sambutan Hari Kemerdekaan Ke- 54 telah ditunda ke tarikh 16 hb September dimana ianya akan disambut serentak dengan Hari Malaysia. Tarikh ini ditunda di sebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan. Ini bagi menghormati bulan yang penuh mulia ini.
Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah" 1Malaysia: Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Dengan terlaksanya Bulan Kemerdekaan ini, kita sama-sama berdoa agar negara kita yang aman dan makmur ini dapat di kekalkan dan memajukan negara kita dengan landasan dan acuan kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang mampu mengugat keamanan negara kita.
SKLP juga tidak ketinggalan menganjurkan beberapa aktiviti yang akan diadakan sempena Bulan Kemerdekaan.

Kami seluruh warga SKLP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke- 54... MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

Thursday, July 28, 2011

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI ALAM SEKITAR 2011






HARI INI TANGGAL 28/07/2011 TELAH BERLANGSUNG MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI 2011. MENGIKUT TENTATIF PROGRAM INI SEPATUTNYA DI RASMIKAN OLEH AHLI PARLIMEN HULU TERENGGANU Y.B HJ MOHD NOR BIN OTHMAN NAMUN BELIAU TIDAK DAPT HADIR OLEH SEBAB HAL YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. NAMUN BEGITU SAMBUTAN TETAP MERIAH OLEH KEHADIRAN PENGAWAI PPDHT EN. SHAFRUDDIN SEKALIGUS MERASMIKAN PROGRAM INI. BANYAK AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPERTI SATU MURID SATU POKOK, GOTONG ROYONG BERSAMA PIBG DAN TEMU MURNI BERSAMA IBU BAPA. KOMITMEN IBU BAPA YANG HADIR PADA MAJLIS INI AMATLAH DIHARGAI. KERJASAMA YANG ERAT ANTARA GURU-GURU DAN IBU BAPA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DAN TOLERANSI UNTUK KEBAIKAN ANAK2 MEREKA. DI HARAP SEMANGAT SEBEGINI TIDAK LUNTUR DI KALANGAN IBU BAPA DAN GURU-GURU BAGI MEMAJUKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK LUBUK PERIOK.SEKALI LAGI DI UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN PROGAM INI DENGAN JAYANYA.

Thursday, July 7, 2011

Program Khidmat Bantu PSS

Progam Khidmat Bantu PSS ini telah diadakan pada 30hb Jun hingga 6hb Julai 2011 di 12 buah sekolah terpilih di daerah Hulu Terengganu. SKLP telah menghantar wakil gurunya ke SK Kua untuk program tersebut. Perlaksanaan program ini bukan sahaja dapat membantu pihak sekolah tersebut dalam menceriakan lagi PSS mereka malah menambahkan pengetahuan dan pengalaman guru-guru perpustakaan media sekolah yang terlibat. Terima kasih juga kepada fasilitator kami iaitu Encik El Gallimmo dari PKG Dungun.

Sunday, July 3, 2011

perkemahan 2011






Baru-baru ini SKLP telah mengadakan perkemahan badan berunifom pengakap 2011. perkemahan ini diadakan pada 23 hingga 25 jun 2011. kali ini seperti biasa pihak sekolah telah bersetuju perkhemahan ini hanya diadakan di kawasan sekolah sahaja. Ini memandangkan pihak sekolah tidak mempunyai bujet yang mencukupi untuk membawa anak murid kami keluar dari kepompong SKLP. Pada tahun ini, saya amat gembira dan bangga dengan komitment dan semangat kerjasama dari semua guru- guru dan kakitangan SKLP. Bermula dari membuat kertas kerja sehinggalah selesai semua aktiviti dan perancangan perkemahan, semua warga SKLP bertungkus lumus bekerjasama bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Semangat inilah yang membuatkan SKLP begitu istimewa di hati saya. Semoga keadaan ini berterusan dari masa ke semasa agar SKLP terus cemerlang dan gemilang di landasannya sendiri. TERIMA KASIH SEMUA......

Wednesday, April 20, 2011

KURSUS ASAS PENGURUSAN PSS 2011

Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diadakan pada 18 hingga 21 April 2011 di BTPN Marang,Terengganu. Kursus ini dihadiri oleh Guru Perpustakaan dan Media SKLP. Terima kasih kepada pihak BTPN Terengganu kerana menganjurkan kursus yang memberi banyak maklumat kepada kami guru-guru GPM baru. Terima kasih juga kepada pihak PKG Hulu Terengganu yang banyak membantu kami dalam melaksanakan tugas sebagai GPM sekolah.

Thursday, April 14, 2011

Kem Bestari Solat


Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 1 telah diadakan pada 14 April 2011 (Khamis) bertempat di surau sekolah dan pusat sumber.

Smart English KDSR3



YDSM Smart English Peringkat Zon telah diadakan pada 12hb April 2011 ( Selasa) di SMK Bukit Diman. Tahniah kepada sekolah yang berjaya, Johan ( SK Bukit Bading), Naib Johan ( SK Landas ) dan tempat ketiga ( SK Betong).

Gotong royong....


Gotong royong membersihkan sekolah pada 11hb April akibat banjir yang melanda pada petang sebelumnya....terima kasih kepada semua yang terlibat terutama PIBG SKLP yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan.

Thursday, April 7, 2011

English Carnival 2011 @SK Felda Mengkawang



Penyertaan murid-murid dalam English Carnival 2011 (5hb April 2011) telah memberi pendedahan dan pengalaman yang berharga kepada semua peserta. Tahniah kepada sekolah yang menang dalam pertandingan Action Song, Story Telling dan Public Speaking. SKLP...tahun depan cuba lagi..insyaallah...

Ceramah Pergigian


Pemeriksaan dan ceramah pergigian pada 3 hingga 4 April 2011 oleh Klinik Pergigian Ajil, Hulu Terengganu.

Kursus KSSR

Kursus KSSR Tarikh : 2hb April 2011 Hari : Sabtu Tempat : Pusat Sumber SKLP Peserta : 11 orang

Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat PIBG Kali Ke 16

Mesyuarat PIBG SK Lubuk Periok Ke 16 berlangsung dengan jayanya, terima kasih kepada Encik Azeman bin Othman, Pegawai Khas Fasi LINUS kerana merasmikan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakannya, Encik Adnan bin Ibrahim (Guru Besar), Puan Azlina Binti Mohd Radzali (Pengerusi PIBG), guru-guru penolong kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah serta ibu bapa penjaga yang memeriahkan lagi majlis yang berlangsung pada 31 Mac 2011 (2.00 petang) di Dewan SKLP.

SKLP @Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan



Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan DUN Kuala Berang dan Ajil ini berlangsung pada 29 Mac 2011 pukul 3.00 petang. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Berang. Terima kasih Yayasan Taqwa dan pihak penganjur....
.

Banjir 29 Mac 2011




Gambar banjir yang melanda SKLP baru-baru ini....

Friday, March 18, 2011

Banjir lagi...9 Mac 2011
















Pada 9hb Mac 2011, sekolah terpaksa ditutup kerana banjir akibat hujan lebat selama 1 hari sebelumnya. Keesokkan harinya setelah banjir surut, semua warga sekolah telah bergotong royong membersihkan kelas dan bilik-bilik yang telah dimasuki air.

Wednesday, March 2, 2011

Perarakan Olahraga
















SKLP di Temasya Olahraga Peringkat Daerah di SMK Jenagor, Hulu Terengganu pada 28hb Feb sehingga 3hb Mac 2011.