Friday, February 18, 2011

Maulidur Rasul 2011






Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 17hb Februari 2011 (Khamis). Majlis diserikan lagi dengan aktiviti perarakan beramai-ramai, pertandingan mewarna, melukis poster, tayangan video 'Rasulullah' dan persembahan nasyid. Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah " 1 Malaysia 1 Ummah'.

Thursday, February 10, 2011

Temu Murni Ibu Bapa Calon UPSR 2011 Kali Pertama





Temu murni Ibu Bapa Calon UPSR 2011 telah diadakan pada 9hb Februari 2011 di Kelas Tahun Enam pada pukul 1.00 petang. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen ibu bapa yang meluangkan masa datang bertemu dengan pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam UPSR tahun ini. Semoga kejayaan tahun ini lebih membanggakan dan impian pelajar mendapat 5A tercapai.