Thursday, July 28, 2011

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI ALAM SEKITAR 2011






HARI INI TANGGAL 28/07/2011 TELAH BERLANGSUNG MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI 2011. MENGIKUT TENTATIF PROGRAM INI SEPATUTNYA DI RASMIKAN OLEH AHLI PARLIMEN HULU TERENGGANU Y.B HJ MOHD NOR BIN OTHMAN NAMUN BELIAU TIDAK DAPT HADIR OLEH SEBAB HAL YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. NAMUN BEGITU SAMBUTAN TETAP MERIAH OLEH KEHADIRAN PENGAWAI PPDHT EN. SHAFRUDDIN SEKALIGUS MERASMIKAN PROGRAM INI. BANYAK AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPERTI SATU MURID SATU POKOK, GOTONG ROYONG BERSAMA PIBG DAN TEMU MURNI BERSAMA IBU BAPA. KOMITMEN IBU BAPA YANG HADIR PADA MAJLIS INI AMATLAH DIHARGAI. KERJASAMA YANG ERAT ANTARA GURU-GURU DAN IBU BAPA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DAN TOLERANSI UNTUK KEBAIKAN ANAK2 MEREKA. DI HARAP SEMANGAT SEBEGINI TIDAK LUNTUR DI KALANGAN IBU BAPA DAN GURU-GURU BAGI MEMAJUKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK LUBUK PERIOK.SEKALI LAGI DI UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN PROGAM INI DENGAN JAYANYA.

Thursday, July 7, 2011

Program Khidmat Bantu PSS

Progam Khidmat Bantu PSS ini telah diadakan pada 30hb Jun hingga 6hb Julai 2011 di 12 buah sekolah terpilih di daerah Hulu Terengganu. SKLP telah menghantar wakil gurunya ke SK Kua untuk program tersebut. Perlaksanaan program ini bukan sahaja dapat membantu pihak sekolah tersebut dalam menceriakan lagi PSS mereka malah menambahkan pengetahuan dan pengalaman guru-guru perpustakaan media sekolah yang terlibat. Terima kasih juga kepada fasilitator kami iaitu Encik El Gallimmo dari PKG Dungun.

Sunday, July 3, 2011

perkemahan 2011






Baru-baru ini SKLP telah mengadakan perkemahan badan berunifom pengakap 2011. perkemahan ini diadakan pada 23 hingga 25 jun 2011. kali ini seperti biasa pihak sekolah telah bersetuju perkhemahan ini hanya diadakan di kawasan sekolah sahaja. Ini memandangkan pihak sekolah tidak mempunyai bujet yang mencukupi untuk membawa anak murid kami keluar dari kepompong SKLP. Pada tahun ini, saya amat gembira dan bangga dengan komitment dan semangat kerjasama dari semua guru- guru dan kakitangan SKLP. Bermula dari membuat kertas kerja sehinggalah selesai semua aktiviti dan perancangan perkemahan, semua warga SKLP bertungkus lumus bekerjasama bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Semangat inilah yang membuatkan SKLP begitu istimewa di hati saya. Semoga keadaan ini berterusan dari masa ke semasa agar SKLP terus cemerlang dan gemilang di landasannya sendiri. TERIMA KASIH SEMUA......