Thursday, May 17, 2012

















Sempena Sambutan Hari Guru 16 Mei, SKLP juga telah melancarkan Program Guru Penyayang peringkat sekolah.Beberapa program yang menarik telah diadakan pada masjlis tersebut. Antaranya acara memotong kek, nyanyian Lagu Selamat Hari Lahir dan Pemberian Hadiah kepada guru dan murid yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga Mei 2012.Harapan dengan adanya progarm ini, hubungan guru dan murid dapat di eratkan lagi.








16 Mei- SKLP telah mengadakan sambutan sempena Hari Guru 2012. Walaupun warga SKLP sedikit namun sambutanya tetap meriah. Pelbagai pengisian yang telah dijalankan semasa sambutan ini. Pada sebelah pagi, kami mengadakan acara acara seperti nyayian lagu NegaraKu, Selamat Sultan, Lagu Sekolah, Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru. Selepas itu bacaan perutusan oleh Penolong Kanan 1, Puan Ratibah dan GPK HEM En. Megat Fandi dan diikuti oleh ucapan Guru Besar En. Mohd Rawi. Selepas itu, terdapat acara sukaneka guru bersama dengan murid. Antara acara yang di pertandingkan seperti belon air, meniup tepung, membawa bola pingpong dan banyak lagi.Tema Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara dapat di zahirkan di kalangan semua guru di SKLP.