Sunday, June 24, 2012

AKTIVITI PRA PERKHEMAHAN









Pada selasa minggu lepas, SKLP telah mengadakan praperkhemahan di kawasan sekitar SKLP.Pada hari tersebut, guru- guru telah sepakat untuk mengadakan aktiviti memasak. Pada hari tersebut semua murid yang terlibat dikehendaki membakar jagung. Setiap murid dibekalkan sebatang jagung dan mereka dikehendaki membakar jagung tersebut sampai masak. Aktiviti seperti ini dapat memberi pendedahan kepada semua murid bagaimana untuk meneruskan hidup tanpa bantuan daripada orang lain. Di harap aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada murid untuk kegunaan pada masa hadapan.

PENGHAKIMAN SEKOLAH LESTARI 2012






Pada minggu lepas, SKLP telah di hadiri oleh para hakim dari Jabatan Alam Sekitar. Kehadiran mereka bertujuan untuk melakukan menghakiman bagi Program Sekolah Lestari.Seramai 3 orang hakim telah melakukan penghakiman pada hari tersebut. Mereka telah melawat di sekitar kawasan sekolah seperti Taman Herba, Kolam Ikan, Taman Kaktus, Taman Bunga Raya, Tanaman Serai dan banyak lagi kawasan yang menarik di sekitar SKLP.Kehadiran mereka sangat kami hargai dan di ucapkan dengan ribuan terima kasih.