Thursday, April 7, 2011

Kursus KSSR

Kursus KSSR Tarikh : 2hb April 2011 Hari : Sabtu Tempat : Pusat Sumber SKLP Peserta : 11 orang

Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat PIBG Kali Ke 16

Mesyuarat PIBG SK Lubuk Periok Ke 16 berlangsung dengan jayanya, terima kasih kepada Encik Azeman bin Othman, Pegawai Khas Fasi LINUS kerana merasmikan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakannya, Encik Adnan bin Ibrahim (Guru Besar), Puan Azlina Binti Mohd Radzali (Pengerusi PIBG), guru-guru penolong kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah serta ibu bapa penjaga yang memeriahkan lagi majlis yang berlangsung pada 31 Mac 2011 (2.00 petang) di Dewan SKLP.

SKLP @Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan



Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan DUN Kuala Berang dan Ajil ini berlangsung pada 29 Mac 2011 pukul 3.00 petang. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Berang. Terima kasih Yayasan Taqwa dan pihak penganjur....
.

Banjir 29 Mac 2011




Gambar banjir yang melanda SKLP baru-baru ini....

Friday, March 18, 2011

Banjir lagi...9 Mac 2011
















Pada 9hb Mac 2011, sekolah terpaksa ditutup kerana banjir akibat hujan lebat selama 1 hari sebelumnya. Keesokkan harinya setelah banjir surut, semua warga sekolah telah bergotong royong membersihkan kelas dan bilik-bilik yang telah dimasuki air.

Wednesday, March 2, 2011

Perarakan Olahraga
















SKLP di Temasya Olahraga Peringkat Daerah di SMK Jenagor, Hulu Terengganu pada 28hb Feb sehingga 3hb Mac 2011.

Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah







Pelancaran Minggu Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Februari 2011 (Ahad)dan berakhir pada 3hb Mac 2011 iaitu pada hari Khamis. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena program ini termasuk pembacaan ikrar, peraduan mewarna dan juga membuat poster daripada keratan akhbar.