Thursday, January 20, 2011

Pelancaran NILAM 2011






Pelancaran Program NILAM 2011 telah dilaksanakan pada 16hb Januari 2011 pada pukul 7.45 pagi semasa perhimpunan hari Ahad. Setiap kelas telah dibekalkan dengan bakul NILAM yang mengandungi buku-buku sebagai bahan bacaan murid ketika waktu senggang mereka. Diharap program ini berjaya memupuk minat membaca di kalangan murid-murid.

Wednesday, January 12, 2011

Sekali bah melanda......







Gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Guru Besar, Puan Marliana dan Encik Anuar ketika banjir melanda baru-baru ini. Terima kasih atas gambar ihsan anda semua.

Friday, January 7, 2011

Ustaz Zul : Selamat Tinggal dan terima kasih daun keladi



Ustaz Zulkifli Bin Mamat, PK Kokurikulum telah bertukar ke SK Felda Mengkawang bermula sesi persekolahan 2011. Jutaan terima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan kepada sekolah sepanjang beliau mengajar di sini. Terima kasih juga di atas sumbang bakti beliau sebagai bendahari PIBG SK Lubuk Periok.

Thursday, January 6, 2011

Banjir di sekolah....








Minggu pertama persekolahan sesi 2011, banjir melanda....air naik pada petang 5hb jan dan surut pada pagi keesokkan harinya....guru, murid, ibu bapa dan kaki tangan sekolah telah bergotong royong membersihkan kawasan sekolah seawal 8.00 pagi dan selesai pada 12.00 tengah hari.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru dan menempuh sesi baru 2011

Selamat tahun baru 2011 kepada semua....Selamat menjalani sesi baru persekolahan untuk warga SKLP dan selamat datang kepada cikgu-cikgu baru SKLP, Cg Wan Muslina dan Ustazah Azlina. Selamat datang dan selamat menempuh alam persekolahan untuk murid-murid tahun 1.

Wednesday, November 24, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010





Hari Anugerah Cemerlang 2010 berlangsung dengan jayanya di Dewan SKLP pada 14 November 2010. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih juga juga kepada pihak penaja yang telah memberi sumbangan ikhlas untuk kelangsungan kecemerlangan akademik anak-anak SKLP.

Program Selepas Peperiksaan Akhir Tahun





Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang murid-murid selepas peperiksaan akhir tahun. Antaranya ialah pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan melukis poster bertemakan 1 Malaysia untuk murid-murid tahap 2.