Sunday, June 24, 2012
AKTIVITI PRA PERKHEMAHAN
Pada selasa minggu lepas, SKLP telah mengadakan praperkhemahan di kawasan sekitar SKLP.Pada hari tersebut, guru- guru telah sepakat untuk mengadakan aktiviti memasak. Pada hari tersebut semua murid yang terlibat dikehendaki membakar jagung. Setiap murid dibekalkan sebatang jagung dan mereka dikehendaki membakar jagung tersebut sampai masak. Aktiviti seperti ini dapat memberi pendedahan kepada semua murid bagaimana untuk meneruskan hidup tanpa bantuan daripada orang lain. Di harap aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada murid untuk kegunaan pada masa hadapan.
PENGHAKIMAN SEKOLAH LESTARI 2012
Pada minggu lepas, SKLP telah di hadiri oleh para hakim dari Jabatan Alam Sekitar. Kehadiran mereka bertujuan untuk melakukan menghakiman bagi Program Sekolah Lestari.Seramai 3 orang hakim telah melakukan penghakiman pada hari tersebut. Mereka telah melawat di sekitar kawasan sekolah seperti Taman Herba, Kolam Ikan, Taman Kaktus, Taman Bunga Raya, Tanaman Serai dan banyak lagi kawasan yang menarik di sekitar SKLP.Kehadiran mereka sangat kami hargai dan di ucapkan dengan ribuan terima kasih.
Thursday, May 17, 2012
Sempena Sambutan Hari Guru 16 Mei, SKLP juga telah melancarkan Program Guru Penyayang peringkat sekolah.Beberapa program yang menarik telah diadakan pada masjlis tersebut. Antaranya acara memotong kek, nyanyian Lagu Selamat Hari Lahir dan Pemberian Hadiah kepada guru dan murid yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga Mei 2012.Harapan dengan adanya progarm ini, hubungan guru dan murid dapat di eratkan lagi.
16 Mei- SKLP telah mengadakan sambutan sempena Hari Guru 2012. Walaupun warga SKLP sedikit namun sambutanya tetap meriah. Pelbagai pengisian yang telah dijalankan semasa sambutan ini. Pada sebelah pagi, kami mengadakan acara acara seperti nyayian lagu NegaraKu, Selamat Sultan, Lagu Sekolah, Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru. Selepas itu bacaan perutusan oleh Penolong Kanan 1, Puan Ratibah dan GPK HEM En. Megat Fandi dan diikuti oleh ucapan Guru Besar En. Mohd Rawi. Selepas itu, terdapat acara sukaneka guru bersama dengan murid. Antara acara yang di pertandingkan seperti belon air, meniup tepung, membawa bola pingpong dan banyak lagi.Tema Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara dapat di zahirkan di kalangan semua guru di SKLP.
Thursday, April 26, 2012
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH KEPIMPINAN 2012
21/04/2012- SKLP telah mengadakan satu majlis penyerahan watikah pelantikan kepimpinan pada tahun 2012. Seramai 8 orang Pengawas Sekolah, 9 orang Pengawas Pusat Sumber (PSS), Ketua dan Penolong Kelas seramai 12 orang. Watikah ini telah disempurnakan oleh Sarjan Abd Wahab b. Taib, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah Kuala Berang. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. Kepada pemimpin-pemimpin kecil SKLP di harap anda semua dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berdisplin.
Monday, April 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)