Saturday, August 6, 2011






Salam 1 Malayisa.

Setiap tahun negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos. Baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Najib telah merasmikan Bulan Kemerdekaan yang Ke- 54 di KL Sentral, Kuala Lumpur. Namun pada tahun ini Sambutan Hari Kemerdekaan Ke- 54 telah ditunda ke tarikh 16 hb September dimana ianya akan disambut serentak dengan Hari Malaysia. Tarikh ini ditunda di sebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan. Ini bagi menghormati bulan yang penuh mulia ini.
Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah" 1Malaysia: Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Dengan terlaksanya Bulan Kemerdekaan ini, kita sama-sama berdoa agar negara kita yang aman dan makmur ini dapat di kekalkan dan memajukan negara kita dengan landasan dan acuan kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang mampu mengugat keamanan negara kita.
SKLP juga tidak ketinggalan menganjurkan beberapa aktiviti yang akan diadakan sempena Bulan Kemerdekaan.

Kami seluruh warga SKLP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke- 54... MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

No comments:

Post a Comment