26.02.2012- Telah berlangsungya Majlis Perpisahan Guru Besar dan Meraikan Guru Baru di Hotel Primula Parkroyal Terengganu. Majlis ini berlangsung pada pukul 3.00 petang di Ajung Bistro di hotel berkenaan. Pihak SKLP telah menjemput mantan Guru Besar En. Adnan b. Ibrahim sebagai tetamu istimewa pada majlis ini. Semua guru SKPL termasuk pekerja swasta bersama-sama meraikan majlis ini dengan penuh meriah. Di samping itu, pihak SKLP telah memberikan sedikit cederahati kepada mantan Guru Besar sebagai tanda ingatan tulus iklas dari semua warga SKPL.
Sunday, February 26, 2012
hi-tea Majlis Guru

Saturday, February 25, 2012
MOTIVASI MURID TAHUN 6
Pada 22 Feb 2012, SKLP telah mengadakan majlis motivasi bersama murid Tahun 4,5 dan 6 bersama ibu bapa. Banyak info-info dan input yang berguna kepada kepada murid dan ibu bapa yang hadir. Terima kasih kepada semua yang ibu bapa telah meluangkan sedikit masa dengan anak-anak mereka sepanjang majlis motivasi.
Tuesday, February 21, 2012
Maulidur Rasul 2012
Pada minggu lepas lepas, sekolah kami telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012. Buat julung kalinya program ini bekerjasama dengan penduduk tempatan Lubuk Periok. Kami telah berarak dari sekolah hingga ke Masjid Lubuk Periok. Sambutan kali ini sangat meriah dengan kehadiran penduduk Kampung Lubuk Periok yang bergotong royong menyiapkan juadah pada hari itu. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang telah di sediakan untuk murid. Antaranya pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi, membaca sajak dan mewarna. Majlis ini bertambah meriah dengan penyertaan murid-murid tadika dari Kg Lubuk Periok. Di sini pihak warga SKLP mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua penduduk Kampung Lubuk Periok kerana berjaya mengadakan majlis yang penuh keberkatan ini. Di harap kerjasama ini dapat di teruskan pada masa akan datang.
Tahniah Team Sepak Takraw
Monday, February 20, 2012
Johan Nilam Januari 2012
Lawatan Ke SK Landas
Lawatan guru-guru SKLP ke SK Landas telah dilaksanakan pada 10hb Februari 2012. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengunjungi bilik-bilik khas SK Landas terutamanya bilik khas yang telah memenangi anugerah, seperti Bilik AADK yang mendapat tempat pertama di peringkat negeri dan terpilih untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Guru-guru yang telah menyertai rombongan yang diketuai oleh guru besar ini ialah Cikgu Megat Fandi, Cikgu Edelina, Cikgu Samihas, Cikgu Syamilah, Ustazah Azlina dan juga Puan Aini. Lawatan ini telah memberikan kami banyak info dan tip-tip dalam mengurus dan menceriakan bilik-bilik khas yang dipertanggung jawabkan kepada kami. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Guru Besar dan guru-guru SK Landas atas sambutan mesra kalian semasa kunjungan kami ke sana.
Peserta Pertandingan Sajak
Gotong Royong PSS

Subscribe to:
Posts (Atom)