Tuesday, February 21, 2012
Maulidur Rasul 2012
Pada minggu lepas lepas, sekolah kami telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012. Buat julung kalinya program ini bekerjasama dengan penduduk tempatan Lubuk Periok. Kami telah berarak dari sekolah hingga ke Masjid Lubuk Periok. Sambutan kali ini sangat meriah dengan kehadiran penduduk Kampung Lubuk Periok yang bergotong royong menyiapkan juadah pada hari itu. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang telah di sediakan untuk murid. Antaranya pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi, membaca sajak dan mewarna. Majlis ini bertambah meriah dengan penyertaan murid-murid tadika dari Kg Lubuk Periok. Di sini pihak warga SKLP mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua penduduk Kampung Lubuk Periok kerana berjaya mengadakan majlis yang penuh keberkatan ini. Di harap kerjasama ini dapat di teruskan pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana gambor kak na x dok huhuhuhuhu.......sedihnyewwww
ReplyDelete