Sunday, July 3, 2011

perkemahan 2011






Baru-baru ini SKLP telah mengadakan perkemahan badan berunifom pengakap 2011. perkemahan ini diadakan pada 23 hingga 25 jun 2011. kali ini seperti biasa pihak sekolah telah bersetuju perkhemahan ini hanya diadakan di kawasan sekolah sahaja. Ini memandangkan pihak sekolah tidak mempunyai bujet yang mencukupi untuk membawa anak murid kami keluar dari kepompong SKLP. Pada tahun ini, saya amat gembira dan bangga dengan komitment dan semangat kerjasama dari semua guru- guru dan kakitangan SKLP. Bermula dari membuat kertas kerja sehinggalah selesai semua aktiviti dan perancangan perkemahan, semua warga SKLP bertungkus lumus bekerjasama bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Semangat inilah yang membuatkan SKLP begitu istimewa di hati saya. Semoga keadaan ini berterusan dari masa ke semasa agar SKLP terus cemerlang dan gemilang di landasannya sendiri. TERIMA KASIH SEMUA......

No comments:

Post a Comment