Monday, February 20, 2012

Lawatan Ke SK Landas


Lawatan guru-guru SKLP ke SK Landas telah dilaksanakan pada 10hb Februari 2012. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengunjungi bilik-bilik khas SK Landas terutamanya bilik khas yang telah memenangi anugerah, seperti Bilik AADK yang mendapat tempat pertama di peringkat negeri dan terpilih untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Guru-guru yang telah menyertai rombongan yang diketuai oleh guru besar ini ialah Cikgu Megat Fandi, Cikgu Edelina, Cikgu Samihas, Cikgu Syamilah, Ustazah Azlina dan juga Puan Aini. Lawatan ini telah memberikan kami banyak info dan tip-tip dalam mengurus dan menceriakan bilik-bilik khas yang dipertanggung jawabkan kepada kami. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Guru Besar dan guru-guru SK Landas atas sambutan mesra kalian semasa kunjungan kami ke sana.

No comments:

Post a Comment